Tuan Haji Mohd Amin Bin Ahmad
Ucapan selamat hari jadi buat ayah ku, Haji Mohd Amin Bin Ahmad...yang menyambut hari jadinya yang ke 75 pada hari Ahad, 21 September yang lepas...
Alhamdulillah, ayah ku masih kelihatan sihat walafiat...pagi tu aku menelefonnya untuk mengucapkan selamat hari jadi...dia kelihatan gembira dan ketawa dengan ucapan ku itu...dia sendiri tidak mengetahui akan hari itu adalah hari jadinya...
Selepas itu, aku terus hantar SMS kepada kesemua adik-beradik ku supaya menghubungi ayah ku...salah seorang adik ku yang tinggal di Taiping akan datang untuk menziarahi ayah ku pada petang itu.
Ayah ku merupakan seorang bekas guru. Posting pertama di Pulau Pinang, kemudian ke Lenggong...ke Batu Gajah, Bota Kanan dan kembali semula ke Batu Gajah sehingga bersara kira-kira 20 tahun yang lalu.
"Ya Allah Ya Tuhan ku, panjangkanlah umur ayah, murahkanlah rezekinya, sihatkanlah tubuh badannya, pendengarannya serta penglihatannya, serta rahmatilah kehidupannya. Semoga kami sekeluarga dapat berhari raya bersama ayah serta bonda. Amin"
Nurul Sakinah
Hari ini, 25 September 2008, merupakan hari jadi anak ku yang ke 17...yes, sweet seventeen...
Tahun ini merupakan tahun yang penting buat Angah kerana akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan November nanti.
Abah berdoa semoga Angah mendapat keputusan yang cemerlang nanti.
Lepas habis SPM nanti, jangan lupa...rajin-rajinlan ke dapur tu memasak, kemas rumah dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment