Wednesday, July 30, 2008

Tajdid Iman: Menilai mesej Israk ke Baitul Maqdis



Kronologi peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sentiasa menjadi bacaan wajib orang Islam yang memperingatinya setiap tahun. Tiada rasa jemu membaca kisah perjalanan agung yang hakikatnya umpama hadiah istimewa bagi Baginda SAW daripada Allah. Tujuan membawa Rasulullah SAW menikmati tanda kebesaran Allah pada malam itu ialah supaya Baginda SAW mendapat kekuatan baru untuk menghadapi keperitan dalam mengharungi medan dakwah yang kejam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya supaya kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk, ayat 1)

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada Baginda SAW adalah kehebatan perjalanan itu yang hanya menghabiskan masa semalaman menggunakan kenderaan buraq yang tidak pernah dikenal manusia. Malah, Baginda SAW menjelajah dari Masjidil Haram hingga ke Palestin dan dimikrajkan ke hadapan Allah untuk menerima kewajipan sembahyang sebagai amanah bagi umatnya. Kehebatan perjalanan itu sukar diterima dengan akal semata-mata. Nyata satu lagi bukti kekuasaan Allah mencabar keimanan orang Islam yang belum kuat imannya untuk menerima dengan sebulat hati kebenaran peristiwa itu.

Malam itu, Rasulullah berjumpa nabi di Baitul Maqdis, melakukan sembahyang berjemaah kemudian naik ke langit pertama hingga ke tujuh lapisnya. Langit pertama, Baginda SAW berjumpa Nabi Adam, beliau mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW.

Di situ diperlihatkan roh syuhada berada di sebelah kanan Nabi Adam dan di kirinya pula roh manusia malang. Di langit kedua bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris, langit kelima Baginda melihat Nabi Harun dan mengucap salam kepadanya.

Tiba di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa sehingga jatuhlah air mata Musa memandang Rasulullah SAW seraya berkata: "Aku menangis kerana orang muda yang diutuskan selepasku tetapi umatnya masuk syurga lebih ramai daripada umatku." Dan terakhir berada di langit ketujuh bersama Nabi Ibrahim.

Bagaimanakah rasanya berjumpa dengan nabi yang mempunyai misi sama dengan Baginda SAW? Bagaikan perhimpunan melepas kerinduan bersama insan pilihan Allah. Perjumpaan yang sungguh bermakna menyimpan satu misi kesatuan semangat dan perjuangan dakwah demi menegakkan tauhid di atas muka bumi ini.

Diharapkan Rasulullah SAW sentiasa mengingati sejarah dakwah nabi terdahulu supaya menjadi teladan dan contoh terbaik dalam kesabaran, kecekalan dan kesungguhan yang tiada habisnya.

Selagi mana Allah belum memutuskan untuk mengakhiri misi dakwah selagi itu tiada kata berhenti dan menyerah kalah. Adakah diterima atau ditentang, hal itu bukan suatu masalah kerana Rasulullah SAW hanya ditugaskan untuk menyampaikan, yang memastikan dakwah diterima dan berjaya adalah Allah.

Betapa semangat itu yang diperlukan Rasulullah SAW selepas menghadapi tentangan terlampau kejam kafir Quraisy selepas kematian Abu Talib dan isteri tercinta Ummul Mukminin Khadijah.

Selepas itu, Baginda SAW dinaikan ke Sidratul Muntaha, di situ diperlihatkan tanda kekuasaan Allah yang lain iaitu, Baitul Makmur tempat tawafnya Malaikat yang memenuhi langit dan bumi. Akhirnya sampailah ke kemuncak peristiwa terindah di sepanjang kehidupan Rasulullah SAW apabila dimikrajkan naik menghadap Allah.

Lalu hampirlah Baginda SAW dengan Allah seolah-olah hampirnya dua busur panah atau lebih hampir lagi. Tidak dapat dibayangkan keadaan seorang hamba yang berada dekat dengan Allah. Perasaan Rasulullah SAW itu turut dikongsi bersama umatnya melalui perjumpaan ketika mereka sujud menyembah Allah.

Betapa indahnya falsafah cuba diungkapkan melalui perhubungan suci antara hamba dan Tuhannya. Ketika kita solat hakikatnya kita menghadap raja segala raja dan puji-pujian menjadi alat komunikasi paling efektif untuk menagih cinta Yang Maha Agung.

Penentangan itu sampai pada batas melampau ketika mereka diceritakan peristiwa Rasulullah SAW mengembara ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit berjumpa Tuhannya. Berkata Ibnu al-Qayyim: "Rasulullah SAW menceritakan kepada kaumnya apa yang diperlihatkan Allah kepadanya. Mendengar cerita itu mereka bertambah tidak percaya dan semakin menyakitinya.

Namun penentangan mereka tidak menyebabkan Rasulullah SAW gentar dan takut. Bahkan selepas menyaksikan gambaran syurga dan neraka serta tanda kebesaran yang diperlihatkan pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW bertambah yakin dan cekal menghadapi kekejaman kaumnya.

Jika kita amati surah al-Israk yang menceritakan perjalanan Nabi SAW itu hanya pada satu ayat dan ayat seterusnya ialah pendedahan kejahatan orang Yahudi. Penulis kitab sirah al-Rahiq al-Makhtum, al-Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri cuba menganalisis hal itu.

Beliau berkata: "Sesungguhnya Allah menggunakan pendekatan ini (surah al-Israk) untuk memberi kefahaman bahawa peristiwa Israk berlaku di Baitul Maqdis kerana orang Yahudi akan disingkirkan daripada memimpin umat manusia.

Allah akan memindahkan kepemimpinan kepada Rasulullah SAW, iaitu berpindah dari satu umat sejarahnya dipenuhi dengan pengkhianatan, dosa dan permusuhan kepada satu umat lain yang melahirkan kebaikan bersama Rasul mendapat wahyu menuju ke jalan lurus.

Mesej Israk ke Baitul Maqdis ialah ingatan bahawa Palestin adalah lambang kemunculan dakwah umat Muhammad SAW dan berakhirnya kejahatan Yahudi. Namun kini keadaan bertukar sebaliknya, Yahudi bermaharajalela di bumi Allah.

Palestin yang hilang sepatutnya kita tebus dengan perjuangan bersama seluruh dunia Islam. Tunjukkan solidariti untuk tanah air kita bersama, negeri Palestin, bumi yang melahirkan Nabi dan Rasul.

Lahirkan anak segagah Salahuddin al-Ayyubi, kerahkan kekuatan untuk menebus kembali tanah yang pernah dimerdekakan Umar al-Khattab. Setiap tahun kita menyambut Israk dan Mikraj, tetapi apakah semangat dakwah Rasulullah SAW sudah terpahat di hati kita?

Sumber : Berita Harian Online

Thursday, July 24, 2008

Keajaiban Nombor Di Dalam Al-Quran




Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Nak Kaya Tak?

Sewaktu Mamat dalam perjalanan memandu kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?" Mamat menjawab ringkas, "KL."
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh?"
Maka dijawab oleh Mamat tadi, "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati Mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau...???"
Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"
Mamat pun menjawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak." Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana."
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." Lalu orang tua tu turun dari kereta. Mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik." Dan Mamat pun meneruskan perjalanannya.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau ada orang nak bagi kaya, jangan lupa minta dia roti sekali...hehehe

Wednesday, July 23, 2008

Tuesday, July 22, 2008

Budak Yang Mencipta Sejarah

Berikut adalah kertas jawapan seorang pelajar Cina dari sebuah sekolah di Melaka yang saya terima melalui email...cuba baca dengan teliti jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut...kalau anda seorang guru Sejarah, agak-agak berapa markah yang patut diberikan?







Bahagian A1.
Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke – 19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.
Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasinal. Iaitu sebuah penjanakuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. “In English, they are too shy to do tat stuff in the light. Scared people see ma. Stupid.”
Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka. Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya, “Men felt shy because their body are different”. 1 bolt 1 nat. really tiu lo. Adanya elektrik, mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.
Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yg roboh itu dengan jentera berkuasa tinggi.
Bahagian B7.
Pada masa kegemilangan China dan Jepun, ??? mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.
Agama Confucius ini memang “confusing” entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran Confucius, dunia di China adalah huru-hara. Kerana raja syaitan dunia akan dilahirkan dan memusnahkan dunia. Dengan itu, Dewa mengarahkan Senzo untuk mendapatkan kitab suci Confucius untuk mengalahkan raja syaitan. Tetapi perjalanannya susah sehingga awek iblis yg cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya. Iaitu ???? Monyet, Babi, Kuda dan Hantu Air. Setelah mendapatkan kitab suci, raja syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran Confucius walaupun sangat “confusing” kalau tidak raja syaitan akan muncul semula.
Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ini seorang askar, generallah ??? ??? pangkatlah 4 get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman samurai. Selepas dilepaskan dia tak mau balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia pun feng huet chai lo. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya Shinto.

Monday, July 21, 2008

Selamat Hari Jadi Untuk Insan Yang Tersayang...


Hari ini, 21 Julai...ucapan selamat hari jadi untuk insan yang tersayang, isteri ku, Sal...maaf, isteri ku tidak mahu gambarnya diletakkan di sini...

Sayang...terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup ku...dan menjadi ibu kepada anak-anak kami...aku takkan lupa segala kasih sayang serta pengorbanan mu selama kita hidup bersama...

Dan juga pada 16 Julai yang lepas...ucapan selamat hari jadi yang ke lima buat anak bongsu kami, Ahmad Azri...dah besar anak abah ni...jangan terlalu nakal sangat tau...!

Oh ya...keempat-empat anak kami ini dilahirkan pada hari Rabu...dua orang di sebelah pagi manakala dua lagi di sebelah tengahari...aku sempat menyaksikan sendiri kelahiran Ahmad Azri apabila mendapat kebenaran pihak Hospital Selayang untuk berada di sisi isteri...

Sunday, July 20, 2008

Catatan 12 Julai 2008

Setelah bercuti hampir dua bulan, anak sulung kami Abdul Salam (Along), kembali ke Ipoh hari ini untuk meneruskan pengajiannya dalam program MBBS di UniKL Royal College of Medicine Perak. Walau pun beliau telah membeli tiket bas Mara Liner dari Puduraya, namun untuk mengelak dari ketinggalan bas akibat dari kesesakan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur, kami mengambil keputusan untuk menghantarnya ke hentian bas di Jalan Duta.

Antara yang paling seronok sekali bila dibawa berjalan sudah tentu anak bongsu kami, Ahmad Azri yang akan mencapai usia lima tahun pada 16 Julai ini. Dia amat seronok sekali apabila melihat kenderaan besar seperti bas, treler, traktor, lori tangki minyak dan sebagainya. Pernah juga aku menguji dia bila terlihat sebuah bas di hadapan kami. Apabila aku kata ada lori di hadapan, anak aku dengan segera beritahu yang itu adalah bas, bukannya lori.



Setelah menunggu hampir setengah jam, akhirnya bas Mara Liner pun muncul di hentian bas Jalan Duta. Setelah bersalaman dengan kami, Along terus menaiki bas tanpa menoleh belakang. Azri yang sebelum ini begitu ceria sekali tiba-tiba sahaja kelihatan sedih dan muram. Tidak pasti apa yang membuatnya kelihatan berubah...adakah kerana abangnya tidak melambai tangan ke arahnya, atau dia sendiri ingin menaiki bas tersebut. Puas kami pujuk, akhirnya dia ceria kembali...itu pun setelah ibunya, Sal, berjanji untuk belikan dia sebuah bas mainan.


Kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Raja Laut. Sebenarnya, aku bukannya suka sangat pergi membeli-belah, lebih-lebih lagi di pusat bandar Kuala Lumpur. Setelah menurunkan mereka di belakang Kompleks Pertama, aku terus meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang terletak di antara bangunan DBKL dan stesen LRT. Aku tidak pula melihat caj letak kereta tersebut kerana menganggap tidaklah mahal sangat...tak sampai RM10 kot!



Setelah berjumpa semula dengan mereka di Sogo, kami pun berpecah...aku dengan Azri menuju ke bahagian permainan manakala Sal dan anak-anak lain pergi ke bahagian pakaian. Lebih kurang 15-20 minit mencari barang permainan yang dikehendaki, barulah Azri memilih dan aku terus membayar. Kemudian, aku menelefon Sal untuk ajak makan dan solat zohor. Namun, taliannya gagal dihubungi...seolah-olah berada di luar kawasan. Lima minit kemudian, masih gagal juga menghubungi dia.



Tiba-tiba Sal muncul dalam keadaan cemas...kedua-dua telefon bimbit yang disimpan dalam beg telah dicuri. Ianya disimpan di dalam poket berzip beg tersebut. Mungkin pencuri ternampak Sal menyimpan telefon bimbit di dalam poket tersebut. Pencuri telah mengambil kesempatan di dalam kesibukan orang ramai membeli belah di tingkat bawah untuk mencuri.



Aku terus menghubungi Maxis dan Celcom untuk menyekat panggilan menggunakan kad SIM tersebut. Kemudian aku terus ke bahagian khidmat pelanggan untuk membuat laporan. Aku dimaklumkan sudah ada kejadian kecurian telefon bimbit pada hari yang sama, tetapi di tingkat yang berlainan. Pihak khidmat pelanggan berjanji akan hubungi kami sekiranya menjumpai telefon bimbit tersebut.

Kami bersyukur kerana hanya kehilangan telefon bimbit dan tidak melibatkan keselamatan kami sekeluarga. Dan bila aku keluar dari tempat letak kereta, caj yang dikenakan adalah RM17.50!...adus mahalnya...!!!