Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Syukur alhamdulillah, dapat bersua kembali di blog yang telah ditinggalkan. Rupa-rupanya dah lebih dua tahun aku tak update blog ini. Mengapa ya? Mungkin disebabkan begitu sibuk dengan tugas harian di pejabat dan seringkali pulang lewat, maka tiada kesempatan untuk update blog ini. Lagi pun, dah tak ada bahan untuk dipaparkan. Kalau ada kesempatan pun cuma layan facebook je sekarang. Oh ya...kalau ada sesiapa yang ada akaun facebook, harap sudi add saya di amir_my2001@yahoo.com atau Amir Mohd Amin.
Alhamdulillah, aku baru sahaja kembali ke tanah air pada hari Khamis, 05 April 2012, setelah menjalani ibadah umrah serta ziarah di kota suci Makkah dan Medinah hampir dua minggu. InsyaAllah, bila ada kesempatan, akan ku ceritakan pengalaman ku selama berada di sana serta akan dimuatkan gambar-gambar untuk dikongsi bersama.
InsyaAllah, jumpa lagi nanti...Wassalamualaikum...:)
Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts
Sunday, April 8, 2012
Sunday, March 15, 2009
Earth Hour: Saturday, March 28, 2009 at 8:30pm

62 countries including Malaysia have committed to participate in WWF’s Earth Hour in 2009. This will be the first time Malaysia officially takes part in Earth Hour and our Prime Minister, Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi has indicated his support and endorsement of Malaysia’s participation.
The campaign, which hopes to reach out to more than one billion people in 1000 cities around the world, encourage individuals, businesses and governments to switch off lights for just one hour on Saturday March 28, 2009 at 8:30pm to convey their support for action on climate change. Cities already committed to Earth Hour include Los Angeles, Las Vegas, London, Hong Kong, Sydney, Rome, Manila, Oslo, Cape Town, Warsaw, Lisbon, Singapore, Istanbul, Mexico City, Toronto, Dubai and Copenhagen.
2009 is a critical year in terms of the political decisions that will be made at global climate negotiations in December 2009. Earth Hour, aims to highlight the voice of the people of the world and represent a visual mandate for meaningful policy on climate change.
If you would like to pledge your support of Earth Hour log on to http://www.earthhour.org/malaysia and sign up. If your company would like to participate in Earth Hour, please call WWF-Malaysia at Tel: +603 7803 3772 or Email: ARaj@wwf.org.my
Saturday, January 24, 2009
Perihal Kopi Janda

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak jenama kopi masuk dalam pasaran tempatan. Yang terbaru adalah Kopi Janda yang dipasarkan oleh Janda Product Marketing (JPM). Menurut JPM menerusi laman webnya, antara misi utamanya adalah untuk memikul tanggungjawab sosial dengan membangunkan Janda (ibu tunggal) untuk menjadi usahawan di rumah (Industri di rumah) dan bertanggungjawab memasarkan produk keluaran Janda sama ada produk makanan/minuman atau pakaian.
Namun terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan jenama serta iklannya. Ada yang menganggap iklan kopi tersebut berbaur seks dengan model seorang wanita yang separuh usia. Ungkapan "..jemput minum Kopi Janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga.." tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri.
Penulis sempat menemubual salah seorang staf di pejabat mengenai kopi tersebut. Beliau yang kini sedang mengalami masalah rumahtangga apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain di tempat kerja. Hubungan mereka memang telah diketahui oleh semua kakitangan lain di tempat suaminya bekerja.
Menurut beliau, setiap kali bila mendengar iklan Kopi Janda berkumandang di radio, beliau akan merasa sedih dan kecewa. Apatah lagi, wanita yang menggoda suaminya adalah seorang janda. Beliau yang sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa orang bomoh mendakwa suaminya telah terkena 'buatan' wanita tersebut. Suaminya kini sudah tidak menghiraukan lagi tanggungjawabnya terhadap isteri serta anak-anak.
Tambah beliau lagi, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar iseri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka.
Beliau mempersoalkan mengapa pihak syarikat JPM menggunakan jenama Janda sedangkan banyak nama lain boleh digunakan. Begitu juga ungkapan yang terdapat pada iklan tersebut yang seolah cuba melariskan jualan dengan cara yang 'menggoda dari janda'. Syarikat tersebut langsung tidak mempunyai perasaan langsung dengan meletakkan nama janda, iaitu suatu gelaran yang memang tidak diingini oleh setiap wanita.
Begitulah luahan beliau kepada penulis tentang Kopi Janda ini. Bukanlah beliau membantah kopi tersebut, cuma tidak bersetuju dengan nama yang digunakan. Beliau kini yang sedang dalam proses kaunseling amat berharap agar rumahtangganya dapat diselamatkan dan terhindar dari mendapat status janda.

Sunday, January 11, 2009
Restoran Radix Fried Chicken
Sebut sahaja perkataan 'radix' sudah tentu ramai yang pernah mendengarnya melalui iklan kopi Radix. Malah sebutan 'mai secawan...' seringkali dikaitkan dengan produk tersebut.Radix merupakan jenama yang digunakan oleh HPA Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh bumiputera di Arau, Perlis. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

Kini HPA Industries telah mengorak langkah dengan menubuhkan restoran makanan segera, Radix Fried Chicken (RFC) sebagai alternatif kepada restoran makanan segera yang ada sekarang. Ianya merupakan restoran makanan segera milik bumiputera Islam yang pertama di Malaysia. Cawangan pertama telah dibuka dengan rasminya pada 1 Jun 2008 di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penduduk tempatan.

Apa yang menarik tentang menu utama di RFC ini ialah ayam yang dibekalkan adalah dari ladang ternakan milik HPA sendiri, iaitu HPA Farm Sdn Bhd yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal di pasaran. Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah penyediaan makanan yang siap dimakan.
RFC menggunakan Radix Cola sendiri menggantikan Coca-Cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Sos cili, sos tomato dan sos Thai juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi, Sematang, Perlis.
Secara peribadinya, penulis sendiri belum pernah berkunjung ke sana, apatah lagi untuk menikmati hidangan keluaran bumiputera ini. Penulis mula mendengar RFC beberapa bulan lepas melalui seorang kenalan di Semenyih yang mempunyai hasrat untuk membuka francais RFC ini.
Penulis berharap outlet RFC ini akan diperluaskan di semua bandar-bandar utama di seluruh Malaysia, dan seterusnya ke luar negara. Penulis juga percaya ianya akan mendapat sambutan serta sokongan daripada umat Islam, khususnya penggemar makanan segera.
Sumber:http://hpa.com.my/09/index.html
http://duniaherbahpa.com/2008/05/restoran-radix-fried-chicken-rfc-sg-petani-kedah/
Saturday, January 3, 2009
MERCY Malaysia Appeals to the Public to Donate to the PALESTINE RELIEF FUND

From MERCY Malaysia Official Website
MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.
The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.
We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.
MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.
It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.
PALESTINE RELIEF FUND
Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my
Click here to read more..
Sunday, November 16, 2008
The Big Mac Index
In September 1986, the Economist magazine in London launched the Big Mac Index as a way of comparing the purchasing power of the world's currencies. A Big Mac is a good indicator because it is one of the few products which is identical the world over.In the United States in April 2002, USD2.49 would buy you a McDonald's Big Mac. In Switzerland, the same burger cost the equivalent of USD3.81; in Malaysia, it cost just USD1.33. In other words, you could purchase more for your dollar in Malaysia than in the USA, but considerably more than in Switzerland.
If a currency has a higher purchasing power in its own country than elsewhere (making a Big Mac cheap), it is said to be undervalued: you need to spend more of it to buy the same thing in other countries. If the currency buys less in its own country than elsewhere (making a Big Mac expensive), it is overvalued.
Source: Facts at Your Fingertips, Reader's Digest, 2002.
Click here for more information.
Friday, November 14, 2008
Buah Namnam

Pernah mendengar, melihat atau makan buah namnam? Apabila diajukan soalan tersebut kepada rakan-rakan, ramai yang menggeleng kepala...tidak pernah mendengar, melihat...apatah lagi untuk memakannya. Memang sukar untuk mencari buah namnam sama ada di pasar raya, pasar biasa mahu pun pasar tani.
Aku mengenali buah namnam ini sejak kecil lagi. Ianya ditanam di halaman rumah arwah atok di Kampung Bendera, Batu Gajah, Perak. Setiap kali pergi ke rumah atok, aku pasti memetiknya sendiri untuk dimakan kerana ianya berbuah di batang pokok dan kedudukannya hampir mencecah tanah.
Namun, ketika pulang beraya baru ni ke rumah arwah atok, aku dapati pokok tersebut telah pun ditebang. Tak sempat nak tunjukkan kepada isteri dan anak-anak tentang buah yang agak asing bagi mereka.

Aku pun tak ingat bila kali terakhir makan buah namnam atau nama lainnya buah puru. Buah yang masak mempunyai rasa masam-masam manis.
Untuk maklumat lanjut mengenai buah namnam ini, sila layari http://www.encyclopaedia.es/id/wiki/Namnam.html
Thursday, July 3, 2008
Muqaddimah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat Baginda.
Sudah sekian lama saya ingin mempunyai laman blog sendiri bagi meluahkan pandangan saya tentang sesuatu perkara atau topik untuk dikongsi bersama. Begitu juga saya akan menyiarkan artikel sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dari sumber lain, gambar serta klip video yang menarik untuk tatapan semua.
Sebagai insan biasa, saya jugak tidak lari dari melakukan salah dan silap. Oleh itu, sebarang teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.
Memandangkan kesibukan dengan tugas harian, penyiaran artikel baru serta mengemaskini blog akan dilakukan antara 1-2 minggu sekali. Insya Allah.
Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ikhlas dari,
Amir Mohd Amin
aka abuazri

Subscribe to:
Posts (Atom)