Showing posts with label Bandar Tasik Puteri. Show all posts
Showing posts with label Bandar Tasik Puteri. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Tiang Telekomunikasi Condong?

Semalam, Ahad, 12 April 2009, kira-kira jam 5:00 petang dalam keadaan hujan turun dengan lebat.

Ketika itu aku berdiri di luar rumah sambil memerhatikan suasana halaman rumah ku yang disirami dengan hujan lebat. Tiba-tiba aku perasan tiang telekomunikasi berada di dalam posisi condong ke kanan...mungkin lebih kurang 10 darjah. Aku bertanyakan Kakcik sama ada dia pun nampak akan tiang yang condong itu. Kakcik pun mengaku tiang tersebut agak condong sedikit.

Tiang tersebut terletak di Jalan 8/6, Bandar Tasik Puteri, Rawang dan ianya berhampiran dengan tangki air.

Setelah mengambil gambar yang dipaparkan di atas, aku pun menghubungi Maxis memaklumkan perkara ini. Aku sebenarnya tidak pasti milik siapakah tiang telekomunikasi ini.

Aku harap sama ada pihak Maxis atau pihak lain sudah pun mengambil tindakan segera agar tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Wednesday, February 11, 2009

Suatu Petang di Puteri Central Park

Hari Isnin, 9 Februari 2009 lepas...

Memandangkan hari tersebut cuti perayaan Thaipusam, aku mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama Azri di Puteri Central Park (PCP). Maklumlah, cuma hari cuti sahaja aku dapat meluangkan masa bersamanya.

Kira-kira jam 5:30 petang kami tiba di PCP dan cuaca ketika itu agak panas.



Tidak ramai pengunjung ketika itu. Mungkin keadaan cuaca yang masih panas ketika itu. Atau mungkin masih dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.


Azri begitu seronok bermain...teringat di zaman kanak-kanak dahulu...aku sering dibawa ke padang permainan oleh orang tua ku...


Namun Azri tidak lama bermain...lepas itu dia cuma berlari di sekitar kawasan permainan ini...



Bila aku lihat Azri macam dah bosan, aku mengajaknya ke puncak bukit PCP...




Kami tidak terus mendaki bukit tersebut...cuma melalui lorong yang disediakan...ada juga pengunjung yang menyalahgunakan lorong ini dengan menunggang motorsikal...


Dah sampai di puncak bukit PCP...kehadiran kami ini nampaknya telah mengganggu sepasang teruna-dara yang masih terlalu muda...hehehe...


Dari puncak bukit PCP...nun kelihatan masjid BTP...mungkin pasangan tersebut sedang berbincang untuk mendirikan masjid kot...isshh...SPM pun tak lepas lagi...!


Blok 14 Maple...antara blok yang paling awal didiami di Bandar Tasik Puteri sejak Disember 2000...di hujung sekali berhampiran tangki air...pokok togel yang tertinggi sekali di Bandar Tasik Puteri...sebenarnya, pokok tersebut adalah menara telekomunikasi...



Lepas itu kami pun turun ke bawah dan terus pulang ke rumah...

Monday, December 15, 2008

Gambar-gambar Majlis Pelancaran Community Policing

Majlis Pelancaran Community Policing telah diadakan pada hari Ahad, 14 Disember 2008 di SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ianya dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor.

Bersempena dengan majlis itu, diadakan pameran senjata, unit forensik, kaunter semakan/bayaran saman trafik serta demonstrasi oleh unit2 polis.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan.
















Monday, November 10, 2008

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMKBTP 2008


Majlis Graduasi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri yang julung kalinya diadakan pada 02 November 2008 yang lepas. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Othman Bin Abd Rahman, Kaunselor Kanan, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat kepada para pelajar, khususnya para pelajar Tingkatan Lima, supaya lebih fokus belajar demi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti.

Menurut Puan Pengetua SMKBTP, Pn Hjh Sabrina Sulaiman, beliau amat berharap agar Majlis Graduasi ini dapat menjadi anak tangga yang pertama dalam pendakian ke puncak jaya. Beliau yakin pada hari tersebut para pelajar akan merasa seronok, bangga dan gembira, pastinya terselit perasaan berdebar-debar. Jadi bayangkanlah perasaan dan situasi yang akan mereka lalui sekiranya bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi suatu hari nanti.

Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Graduasi kepada para pelajar terbabit serta cenderahati kepada tetamu jemputan.