Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Umrah & Ziarah: Medinah (Bhg I)


Ahad, 25 Mac 2012
Kira-kira jam 4:30 pagi, kami keluar dari terminal lapangan terbang Medinah dan terus menuju ke arah bas yang sedang menunggu kami.  Pada ketika itu, waktu subuh adalah kira-kira jam 5:00 pagi dan solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi kira-kira setengah jam kemudian.
Kami tiba di Hotel Sofraa al Huda kira-kira jam 5:10 pagi untuk check-in.  Namun dimaklumkan kami akan check-out selepas makan tengahari memandangkan hotel tersebut telah penuh untuk malam-malam yang berikut dan terpaksa menginap di hotel sebelah.
Oleh kerana rakan sebilik demam, aku mengambil keputusan untuk solat subuh di hotel kerana ingin menemaninya kerana takut beliau mungkin perlukan bantuan.
Setelah sarapan pagi, berehat seketika di bilik dan tidak dapat bersama jemaah lain akan menziarahi makam Rasulullah SAW serta perkuburan Baqi'.  Sebaliknya selepas rehat sebentar, aku terus keluar mencari kedai farmasi untuk mendapatkan ubat yang dipanggil 'Flutab' seperti yang disyorkan oleh wakil syarikat pelancongan.  Walau bagaimana pun, kesihatan beliau tidak menentu - sekejap pulih, sekejap sakit - mungkin disebabkan faktor cuaca di sini.
Selepas makan tengahari, kami berpindah ke Royal Dyar Hotel pula.
Sepanjang hari ini tiada sebarang aktiviti yang dilakukan - hanya ditumpukan kepada ibadah sahaja.
Untuk pengetahuan, waktu zohor ketika ini adalah lebih kurang jam 12:30 tengahari, asar jam 3:55 petang, maghrib pada jam 6:35 petang manakala isyak lebih kurang jam 8:05 malam.

Isnin, 26 Mac 2012
Pagi ini berziarah di sekitar Medinah seperti Masjid Quba', ladang & pasar tamar serta Uhud.



Masjid Quba'




Masjid Quba'
 


Pasar Tamar
 


Pasar Tamar
 



Bukit yang menempatkan pasukan pemanah tentera Islam sewaktu Perang Uhud
 


Tanah perkuburan para syuhada di Uhud
 


Monday, April 30, 2012

Umrah & Ziarah: Perjalanan ke Medinah

Sabtu, 24 Mac 2012
Tiba di KLIA pada kira-kira jam 4:00 petang.
Aku terus ke kaunter 'check-in' Emirates dan berjumpa dengan wakil dari syarikat pelancongan untuk menyerahkan bagasi.
Jam 5:30 petang, taklimat ringkas oleh wakil syarikat.  Pasport serta boarding pas dikembalikan kepada semua jemaah seramai 24 orang.
Jam 6:30 petang, aku pun bersama rakan sekerja yang turut pergi bersama dalam rombongan ini terus menuju ke kaunter imigresen dan seterusnya ke balai berlepas.
Jam 7:15 malam, kami telah pun memasuki ke dalam pesawat Emirates Boeing 777.  Sempat juga aku menghubungi ibu ku serta menghantar SMS kepada isteri serta rakan-rakan sebelum pesawat mula bergerak meninggalkan KLIA kira-kira setengah jam selepas itu.



Penerbangan EK347 dari Kuala Lumpur ke Dubai mengambil masa hampir 7 jam.
Tiba di Dubai kira-kira jam 10:30 malam waktu tempatan (jam 2:30 pagi waktu Kuala Lumpur).
Rasa keletihan dan mengantuk ketika menjejak di lapangan terbang Dubai.  Maklumlah, tak dapat tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur.  Lagi pun, sekarang dah pukul 2:30 pagi waktu Kuala Lumpur. 
Kami terus ke boarding gate yang ditetapkan untuk penerbangan seterusnya ke Jeddah.   Jauh juga berjalan kaki dari arrival gate ke boarding gate - mungkin antara 200 - 300 meter. 
Ada juga salah seorang ahli rombongan mengambil kesempatan membeli-belah di kedai bebas cukai.  Aku tersenyum bila melihat gelagatnya yang sudah mula membeli-belah di Dubai.  Di Medinah dan Makkah nanti, mungkin banyak lagi barang yang akan dibelinya.




Ahad, 25 Mac 2012
Pesawat EK807 Airbus A330 berlepas dari Dubai pada jam 1:15 pagi (waktu Dubai) dan tiba di Medinah pada jam 3:00 pagi (waktu Medinah).
Kira-kira setengah jam sebelum mendarat, kelihatan seorang pramugari sedang melayan seorang penumpang di hadapan ku.  Penumpang tersebut sedang membeli barang yang dijual di dalam pesawat. Pramugari tersebut kelihatan agak sukar melakukan transaksi kad kredit - mungkin ada masalah komunikasi dengan pusat kad kredit.  Namun akhirnya berjaya juga transaksi tersebut.  Hati kecil ku tertanya-tanya siapakah gerangan penumpang tersebut yang membeli ketika pesawat sedang menghampiri Medinah.  Baru aku sedar penumpang tersebut rupanya salah seorang jemaah kami yang juga orang sama membeli-belah di Dubai.
Setelah selesai urusan imigresen di lapangan terbang Medinah, kami disambut oleh wakil syarikat pelancongan dan dibawa ke hotel di Medinah dengan bas.

Friday, April 13, 2012

Umrah & Ziarah: Persiapan Sebelum Berangkat




Sebelum berangkat ke Tanah Suci, kena buat persiapan dahulu bagi melancarkan perjalanan.

Tiga minggu sebelum berangkat, aku dah pun menyerahkan pasport antarabangsa bersama gambar mengikut saiz yang dikehendaki oleh pihak kedutaan Arab Saudi bagi mendapatkan visa umrah. Sebelum tu, aku dah pun semak pasport tu masih sah lakunya. Biasanya tempoh sah laku pasport hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Selain daripada itu, buku rekod kesihatan mengenai suntikan 'meningitis' hendaklah diserahkan bersama. Malangnya, aku tak sempat menyerahkan bersama memandangkan beberapa klinik yang dihubungi tidak mempunyai stok. Dan ada pula yang cajnya agak mahal, iatu dari RM160 hingga hampir RM200. Akhirnya, dapat juga mendapat suntikan tersebut di sebuah klinik di Jalan Semenyih, Kajang dengan caj RM119 sahaja. Buku rekod kemudiannya diserahkan kepada agensi yang menguruskan umrah.

Walau pun pernah menunaikan ibadah umrah sebanyak 3 kali sebelum ini, tidaklah bermakna aku dah mahir dalam hal mengerjakan ibadah umrah ini. Oleh itu, aku pun mengikuti kursus umrah yang dianjurkan agensi pelancongan tersebut. Banyak juga yang dapat aku pelajari di sepanjang kursus tersebut.

Seminggu sebelum berlepas, ayah ku meminjamkan 2 pasang kain ihramnya serta tali pinggang kepada ku. Alhamdulillah, tak perlu beli baru. Namun aku cuma membawa sepasang saja memandangkan bukannya lama sangat berada di Makkah. Lagi pun sepasang tu sahaja memakan ruang yang banyak dalam beg.

Dua hari sebelum berangkat, aku menukarkan wang ringgit kepada riyal iaitu sebanyak RM420 kepada SAR500. Ini bermakna kadar tukaran bagi membeli Saudi Riyal adalah SAR100 bersamaan dengan MYR84 pada ketika itu. Bagi diri ku, wang sebanyak SAR500 adalah memadai untuk perbelanjaan sepanjang masa berada di sana nanti. Kalau tak cukup, bawa juga beberapa ratus ringgit Malaysia - mana tau kot ada keperluan lain pula.

Dan akhir sekali, ubat-ubatan seperti panadol dan minyak angin. Dan jangan lupa selipar bagi memudahkan keluar-masuk masjid.

Sekarang tunggu masa untuk berangkat je...


Sunday, February 21, 2010

Banyak Peristiwa Penting Berlaku Hari Jumaat


Kira-kira sebulan yang lalu, aku berkesempatan mendengar kuliah subuh di salah sebuah masjid di pinggir Kuala Lumpur. Kuliah tersebut berkisar tentang adab-adab di hari Jumaat.

Ketika menyampaikan kuliah tersebut, ustaz berkenaan sempat juga menceritakan ketika beliau berbual dengan seorang imam ketika singgah di salah sebuah masjid di Perak untuk menunaikan solat. Imam masjid berkenaan menceritakan banyak peristiwa penting yang berlaku pada hari Jumaat.

Di antaranya termasuklah Hari Raya Korban (Jumaat, 27 November 2009), gerhana matahari yang lepas jatuh pada hari Jumaat (tidak pasti tarikhnya), Awal Muharram (Jumaat, 18 Disember 2009) serta Maulidur Rasul yang akan disambut pada hari Jumaat ini, 26 Februari 2010.

Imam berkenaan memaklumkan ini adalah petanda kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat. Namun ustaz berkenaan tidak pasti sama ada terdapat hadis yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku serta kaitannya dengan hari kiamat. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.

Aku teringat pernah menerima emel yang berkaitan dengan peristiwa penting yang jatuh pada hari Jumaat. Namun aku tak dapat membaca dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak emel yang perlu disemak dalam 'inbox'. Rasanya dah pun ter'delete'.

Dalam pada itu, aku cuba mencari artikel berkenaan peristiwa-peristiwa penting ini melalui internet. Beberapa blog lain yang sempat dibaca juga menambah selain dari peristiwa-peristiwa yang aku nyatakan di atas, termasuklah hari Krismas (Jumaat, 25 Disember 2009), Tahun Baru (Jumaat, 01 Januari 2010), Hari Wesak (Jumaat, 28 Mei 2010), Nuzul Quran (Jumaat, 27 Ogos 2010), Hari Raya Aidilfitri (Jumaat, 10 September 2010) dan akhir sekali Hari Deepavali (Jumaat, 05 November 2010).

Wah..! Tak sangka ada yang sanggup meninjau kalendar masa depan hari-hari kebesaran yang akan berlaku untuk menguatkan hujjah. Dari sudut positifnya, memang digalakkan untuk mengingati antara satu sama lain tentang kematian, hari pembalasan dan sebagainya.

Namun peristiwa-peristiwa yang dinyatakan tersebut tiada kaitan dengan tanda-tanda ketibaan hari Kiamat. Islam telah menggariskan beberapa tanda-tanda hampirnya Kiamat, sama ada tanda kecil atau pun tanda besar.

Tanda-tanda kecil Kiamat telah banyak dan mungkin kesemuanya telahpun berlaku. Cuma tanda-tanda besar ada yang telah berlaku dan ada yang belum terjadi seperti kejadian terbitnya matahari dari ufuk barat dan terbenam di ufuk timur. Hayatilah tanda-tanda Kiamat seperti anjuran Islam itu terlebih baik daripada menghubungkaitkan segala peristiwa dan tarikh-tarikh dengan kedatangan hari Kiamat.

Persoalan Kiamat, kematian, kehidupan, rezeki, jodoh pertemuan, qada dan qadar serta segala yang berkaitan dengan alam ghaib adalah kerja Allah. Dia tidak meminta hamba-hambaNya mencampuri urusanNya itu kerana ada amanah lain yang mampu dilakukan, yang perlu dan sepatutnya dilakukan.

Yang pastinya, Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat seperti yang terdapat dalam sebuah hadis: Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Wallahualam.

Wednesday, December 9, 2009

e-Jenazah: Urusan Jenazah Yang Dikomersialkan?


Ahad lepas sempat juga aku berkunjung ke Karnival Jom Heboh TV3 di Bukit Jalil. Antara gerai yang menarik perhatian aku adalah gerai e-Jenazah. Terperanjat juga kerana tidak pernah mendengar tentang e-Jenazah ini. Aku terus ke gerai tersebut bagi mendapat keterangan lanjut.

e-Jenazah merupakan suatu sistem pengurusan jenazah sistematik yang berlandaskan hukum syarak. Ianya dimiliki oleh syarikat Anjung Urus Jenazah Sdn Bhd yang beralamat di Sg Nibong, Pulau Pinang. Buat masa ini ianya beroperasi di sebelah utara sahaja. Kedatangan syarikat ini ke Kuala Lumpur adalah untuk menjalankan kaji selidik tentang sambutan orang ramai di Lembah Klang mengenai e-Jenazah.

Menurut seorang wakil syarikat, apabila berlakunya kematian, waris akan menghubungi 'call centre' untuk melaksanakan pengurusan jenazah. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah urusan pengangkutan jenazah, dokumentasi, memandi dan mengkafan jenazah, solat serta pengkebumian. Selain daripada itu, sebaran berita kematian melalui SMS juga disediakan.

Aku rasa perkhidmatan sebegini mungkin sesuai bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terpencil serta tidak mempunyai badan khairat kematian. Atau mungkin sesuai bagi mereka yang tidak bergaul dengan masyarakat setempat walau pun tinggal berhampiran masjid/surau.

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.ejenazah.com.

Friday, April 3, 2009

Tragedi Gaza Wajar Buka Mata Ummah

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Konflik Israel-Palestin merupakan pertikaian berterusan antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah 'penyelesaian dua negara' yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.

Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.

Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.

Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.

Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.

Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza.

Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem (Baitulmaqdis), pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertujuan untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Perancangan jahat Yahudi dibongkar

Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian.

Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga.

Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus usbur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Malboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin.

Apa peranan kita terhadap Yahudi? Israel?

Setelah mengetahui apa yang telah didedahkan oleh Dr Garoody itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan tersebut di atas, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin.

Justeru, orang-orang Palestin di kalangan penyokong Hamas dan barisan pemimpin mereka telah mengharamkan umat Islam menghisap rokok, kerana walau satu sen sekalipun keuntungan itu diperolehi daripada orang Islam, maka mereka akan didakwa nanti di akhirat.

Demikian menurut mantan Imam dan Kahtib Masjidul Aqsa, Dr Muhammad as-Siyam dalam kenyataannya berhubung isu Palestin.

Justeru menurut Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin.


Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19010&Itemid=91

Sunday, March 1, 2009

Nabi Muhammad Di Dalam Kitab Agama Hindu


Penulis amat tertarik hati serta kagum setelah membaca buku bertajuk “Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemaskini)” hasil kajian terperinci oleh Dr Danial Zainal Abidin yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd. Beliau yang berlatarbelakangkan bidang pengajian perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir berjaya menjelaskan pandangan sebenar agama Kristian, Buddha dan Hindu kepada Nabi Muhammad SAW yang selama ini tidak ramai yang mengetahuinya.

Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran bagi setiap umat ada rasulnya. Ini dinyatakan di dalam firmanNya di dalam surah al-Fathir, ayat 24 bermaksud, “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada satu umat pun melainkan ada padanya seorang pemberi peringatan.”

Semasa mentafsirkan ayat tersebut, Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berkata, “Ayat ini adalah dalil penting yang menunjukkan bagi setiap umat diutus rasul-rasul tertentu. Dalil ini menolak pendapat sesetengah golongan yang mengatakan rasul-rasul hanya diutus di kawasan-kawasan kita, yakni bumi Arab dan yang berhampiran dengannya sahaja.”

Dalam ruang dan masa yang terhad, tulisan ini cuma memfokuskan tentang Nabi Muhammad seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Agama Hindu.

Menurut Dr Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa Sanskrit di Universiti Prayag, Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama gelaran, iaitu Narashangsa (Yang Terpuji), Antim Rishi (Utusan Terakhir), Kalka Avatar (Utusan Akhir Zaman) serta Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).

Narashangsa

Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘manusia’ dan Ashangsa bermaksud ‘yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ‘Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ‘yang terpuji’.

Di antara sifat-sifat Narashangsa seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab tersebut adalah:-

* Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaan: Memang diketahui umum kenderaan yang sering digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta.

* Dia mempunyai 12 orang isteri: Nabi Muhammad mempunyai 12 orang isteri, iaitu Khadijah, Saudah, Aishah, Hafsah, Zainab binti Khuzaimah, Juwairiyah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.

* Tuhan akan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher: Dr Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ‘yang sepuluh dijamin syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair bin Awwam, Saad bin Waqqas, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah bin Jarrah.

* Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu: Dr Ved Prakash berpendapat perkataan ‘lembu’ adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan berpekerti mulia. Ianya boleh dikaitkan dengan 10,000 orang sahabat Nabi Muhammad yang menguasai kota Makkah bersama-sama baginda pada tahun kelapan Hijrah.

Justeru itu, apabila peribadi Narashangsa dikaitkan dengan sifat-sifat seperti di atas, ianya menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

Kalki Avatar

Perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘seorang yang bakal datang ke dunia’ dan ianya juga bermaksud ‘nabi’. Kalki pula bermaksud ‘yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan bermaksud ‘utusan yang terakhir di dunia’ atau ‘nabi akhir zaman’.

Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:-

* “Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan.”: Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan, iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat-empat sahabat ini kemudiannya menjadi khalifah yang diberi gelaran ‘Khulafa ar-Rasyidin al-Muhdiyin’ iaitu khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk.

* “Dia akan dilahirkan pada 12hb Madhav.”: Tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12hb Rabiulawal.

* “Dia akan dilahirkan di bandar Shambhal.”: Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa Sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud, iaitu:

~ Tempat yang mendatangkan keamanan dan ketenangan.
~ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang.
~ Tempat yang berhampiran dengan air.

Shambal selari dengan Makkah tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah ketika itu dikelilingi patung-patung berhala sebelum dimusnahkan. Makkah juga adalah tempat yang mempunyai sumber air (zamzam) yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.

* Kitab tersebut juga menyatakan bapanya bernama Vishnu-Yash manakala ibunya bernama Sumati.: Vishnu-Yash dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam bahasa Arab bermaksud ‘hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah. Manakala Sumati dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam bahasa Arab bermaksud ‘yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad bernama Aminah.


Ahamiddhi

Di dalam kitab Veda disebutkan, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksanaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari.”

Dr Ved Prakash berpendapat perkataan Ahamiddhi bukan berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih hampir dengan perkataan Arab iaitu ‘Ahmad’.

Mamaha

Antara sifat-sifat Mamaha seperti yang disebutkan di dalam kitab Vedas adalah:-

* “Mamaha akan menunggang unta.”

* “Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut.”
* “Lagu puji-pujian baru selain Vedas akan dilafazkan.”

Memang diketahui umum Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan baginda. Baginda menguasai kota Makkah bersama-sama 10,000 orang sahabat-sahabatnya pada tahun kelapan Hijrah. Baginda dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu.

Bagi Dr Ved Prakash, perkataan Mamaha juga bukan berasal dari bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr Ved Prakash Upaddhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, “Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebutkan di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Buddha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ianya tidak digemari oleh sesetengah pihak.”




Tuesday, February 3, 2009

Kepentingan Untuk Merancang Harta Pusaka

"RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut" - itulah tajuk sebuah buku yang baru penulis baca. Buku tersebut dikarang oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim turut memuatkan deraf membuat surat wasiat, surat hibah dan surat harta sepencarian. Beliau yang telah berkecimpung dalam bidang Faraid dan Pusaka lebih dari tiga tahun telah banyak memberi ceramah dan penerangan berkenaan isu tersebut sama ada dalam bentuk rundingcara, bengkel, kursus, seminar dan sebagainya.

Penulis sebenarnya tidak terperanjat terhadap amaun tersebut memandangkan sebelum ini pernah mendengar taklimat mengenai perancangan harta pusaka anjuran Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd dua bulan lepas di Senawang. Melalui taklimat tersebut penulis mendapat tahu betapa ramainya umat Islam di negara ini yang mempunyai hartanah tetapi apabila meninggal, waris gagal menuntut harta tersebut akibat dari kegagalan si mati untuk membuat perancangan harta pusaka.

Penulis sendiri akui kurang arif terhadap perancangan harta pusaka. Justeru itu, penulis cuba mendapat info berkenaan urusan harta pusaka ini dari sebuah kedai buku di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, buku yang dikarang oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim telah memberi sedikit sebanyak info yang diperlukan oleh penulis.

Antara yang menarik di dalam buku tersebut yang penulis kira amat penting bagi kita semua ialah situasi di mana seorang suami telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan serta kedua ibubapanya. Arwah tidak meninggalkan sebarang harta melainkan simpanan di KWSP di mana isterinya adalah penama. Arwah juga masih berhutang dengan pihak bank.

Setelah si isteri mendapat wang dari KWSP sebanyak RM24,000.00, beliau terus membuka akaun bank untuk anak-anaknya dan masing-masing mendapat RM2,000.00 seorang. Manakala bakinya disimpan untuk dirinya sendiri tanpa diberikan sedikit pun kepada ibu dan bapa mertuanya.

Ibubapa arwah yang tidak berpuas hati telah mengadu kepada pejabat agama. Menurut tuan kadhi, berdasarkan kiraan faraid, bapa arwah sepatutnya mendapat 1/6, ibu mendapat 1/6, isteri arwah mendapat 1/8 dan anak lelaki dan perempuan kongsi pada bakinya. Ini bermakna, dari jumlah RM24,000.00 (kalau belum tolak hutang), bapa arwah mendapat RM4,000.00, ibu mendapat RM4,000.00. Bahagian isteri arwah hanya RM3,000.00. Bahagian anak lelaki ialah RM6,500.00 dan bahagian anak perempuan setiap seorang dapat RM3,250.00.

Menurut tuan kadhi lagi, isteri arwah telah melakukan tiga dosa besar, iaitu:

1. Beliau membuat dosa dengan memakan harta secara batil. Ini adalah kerana beliau mengambil hak kedua mertuanya di mana kedua mereka sebenarnya mempunyai hak ke atas harta pusaka anak sendiri.

2. Beliau membuat dosa dengan memakan harta anak yatim. Ini adalah kerana anak-anak tersebut di bawah umur baligh atau pun di bawah 18 tahun. Mereka yang di bawah umur adalah anak yatim.

3. Dosa yang ketiga adalah beliau telah memakan hak arwah suami yang masih belum dibersihkan. Ini adalah kerana arwah masih lagi berhutang dengan pihak bank semasa hidup. Sepatutnya wang tersebut hendaklah digunakan untuk melunaskan segala hutang-hutang arwah terlebih dahulu dan kalau ada lebih baru difaraidkan kepada waris-waris.

Penulis merasa terkejut juga bila membaca kisah tersebut dan percaya ianya masih berlaku di kalangan kita. Hal ini adalah disebabkan ramai di kalangan umat Islam gagal untuk merancang harta pusaka serta gagal mempelajari ilmu faraid.

Tuesday, January 6, 2009

Memanfaatkan Kelebihan Bulan Muharram


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1430 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2009 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.
Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).
Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.
Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).
Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)
Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.
Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.
3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).
Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;
1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)
Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal.
Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.
Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.
4. Memasak Bubur ‘Asyura
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.
5. Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak.
Fikir-fikirkanlah….
Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Sunday, January 4, 2009

Qunut Nazilah Untuk Umat Islam di Palestin



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Tatacara melakukan Qunut al-Nazilah.

1. Ia dilakukan apabila umat Islam ditimpa bencana.
2. Ia dilakukan di dalam solat fardhu lima waktu, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' sehinggalah sesuatu musibah itu selesai.
3. Ia boleh dilakukan dengan dua cara:

a. Membacanya selepas usai membaca surah sebelum ruku' di rakaat terakhir setiap solat.

b. Membacanya selepas membaca lafaz I'tidal "Samiallahu Li Man Hamidah…." di rakaat terakhir solat fardhu.
4. Membacanya dengan kuat dan makmum akan mengaminkan doa tersebut.
5. Boleh menggunakan apa sahaja bentuk doa walau yang bukan dibaca Rasulullah saw.
6. Mendoakan kemaslahatan umat Islam dan kecelakaan buat musuh-musuh Islam.

Saturday, January 3, 2009

MERCY Malaysia Appeals to the Public to Donate to the PALESTINE RELIEF FUND


From MERCY Malaysia Official Website
MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.
The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.
We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.
MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.
It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.
PALESTINE RELIEF FUND
Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my
Click here to read more..

Qaradawi: Muslim Ummah is Duty-bound to Defend Gaza


DOHA, (PIC)-- Prominent Muslim scholar Sheikh Yousef Al-Qaradawi has affirmed Friday that the Muslim Ummah from Morocco to Indonesia was duty-bound to defend the Gaza Strip, and to protect Muslim lands from the enemies.

"Supporting the Palestinian people in Gaza is a religious duty on every Muslim individual according to his capabilities, and no one is exempted from that duty" asserted Qaradawi in a speech he delivered before massive rally in support to Gaza in the Qatari capital, Doha.

He also hailed the Muslim peoples "who demonstrated in the streets and expressed sympathy and support for Gaza", saying that the Muslim Ummah is alive and ready to sacrifice every thing precious for helping their brethren.

At the same time, he lashed at the Arab official regimes underlining that those regimes lost the courage to take decisive decisions in order to lift the oppression on Gaza.

He also praised the exemplary heroism demonstrated by the Palestinian people in the Gaza Strip and Hamas's leadership in homeland and in exile, urging them not to give up at any cost.

"We are behind you to the last breathe, and rest assured that you won't be abandoned or betrayed as long as you remain holding to your legal rights", asserted Qaradawi as he addressed his speech to Hamas's leaders, underscoring that the tyrant Zionist rulers won't achieve victory over Muslims.

Moreover, Qaradawi called on every individual Muslim to pray for his brothers in Gaza, and to donate whatever he could to them in order "not to let the Gaza people feel they were left alone in this battle against the criminal Israeli occupation army".


Sunday, December 28, 2008

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah


DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah






DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.

Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Friday, December 19, 2008

Hikmah Khatan


KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.
Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.
Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.
Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.
Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."
Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.
Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.
Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira." Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.
Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.
Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.
Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.
Bagi perempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak, walaupun sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkan kenikmatan ketika bersama pasangan.
Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.
Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.
"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.
Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat rendah.
Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.
Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.
Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.
"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.
Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidak berkhatan.
Di samping itu, ada beberapa faedah lain seperti memberikan ruang kepada zakar memanjang dan mengembang selepas kulup atau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya ereksi lebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.
Sumber: myMetro

Wednesday, December 3, 2008

Memperingati Hikmah Di Sebalik Kewajipan Tunai Ibadat Haji


Oleh Asmadi Abdul Rahman

IBADAH haji merupakan salah satu rukun dalam Rukun Islam. Allah s.w.t. telah mensyariatkan haji kepada umat Islam pada tahun ke-9 hijrah. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan haji sekali seumur hidupnya. Di dalam al-Quran, Allah menyebut tentang manfaat dan kebaikan ibadah haji kepada umat Islam.
Berikut adalah kelebihan dan manfaat fardu haji kepada umat Islam.
Allah telah menjadikan ibadah haji sebagai salah satu cara untuk menghimpun umat Islam. Allah s.w.t. menjadikan solat berjemaah sebagai cara untuk umat Islam bertemu lima kali setiap hari dalam satu kawasan yang kecil. Manakala solat Jumaat pula bertujuan mengumpulkan umat Islam dalam satu kawasan yang besar seminggu sekali. Seterusnya Allah s.w.t. menjadikan ibadah haji sebagai pertemuan agung umat Islam setahun sekali yang berlaku di Mekah.
Mengeratkan hubungan sesama umat Islam seluruh dunia. Walaupun berada beribu-ribu kilometer dari kota Mekah, umat Islam sanggup datang semata-mata untuk berkumpul dan melakukan ibadah haji. Apabila selesai, mereka akan pulang ke negara masing-masing dengan membawa syiar keagungan Islam.
Ibadah haji juga melambangkan musawah (kesamaan) sesama Muslim di sisi Allah s.w.t. Ketika menunaikan kewajipan haji, kita diwajibkan memakai pakaian yang sama iaitu berihram. Ketika itu, kita tidak dapat membezakan antara yang kaya dan miskin. Selain itu, kita juga melakukan perbuatan yang sama ketika menunaikan ibadah haji. Semua umat Islam perlu bertawaf, bersaie dan sebagainya tanpa ada pengecualian.
Ibadah haji bertujuan mengingatkan kepada umat Islam tentang peristiwa yang berlaku kepada para nabi terdahulu. Kaabah mengingatkan umat Islam kepada nabi yang telah membinanya iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ketika mengucup Hajar Aswad terbayang Rasulullah s.a.w. yang mula-mula mengucupnya. Saie di Safa dan Marwah mengingatkan umat Islam kepada peristiwa Hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya Nabi Ismail dan banyak lagi peristiwa lain yang boleh diingati menerusi ibadah haji.
Ibadah haji memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan yang miskin. Ketika musim haji, penduduk Mekah akan berniaga dan secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi mereka. Perkara ini telah diminta oleh Nabi Ibrahim dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. " (Surah Ibrahim: 37 )
Ibadah haji merupakan tarbiah atau latihan kepada umat islam supaya bersabar terhadap perkara yang tidak disukainya. Ketika menunaikan ibadah haji, kita diminta supaya tidak meninggi diri, memaafkan orang lain apabila berlaku kekasaran yang tidak disedari dan melaksanakan perhubungan baik dengan orang lain.
Ini secara tidak langsung melatih kita supaya memiliki akhlak yang baik. Selain itu kita juga perlu melatih diri supaya tidak membazir ketika berbelanja di musim haji, di samping memperbanyakkan sedekah. Ibadah haji juga melatih diri umat Islam supaya sentiasa berprasangka baik terhadap individu lain dan berdoa semoga sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t.
Allah s.w.t. tidak menjadikan ibadah haji ini hanya sekadar ibadah yang perlu dilaksanakan. Tetapi merupakan tanda kebesaran Islam yang mengandungi pelbagai hikmah yang perlu kita kaji dan terokai. Semoga dengan kedatangan musim haji pada tahun ini, akan memantapkan lagi perpaduan umat Islam. Seterusnya membangkitkan kembali kegemilangan tamadun Islam seperti umat terdahulu.

- ASMADI ABDUL RAHMAN ialah pensyarah Kolej Shahputra.


Sumber: Arkib Utusan Malaysia Online

Friday, November 21, 2008

Tazkirah Jumaat : Akidah Ummah Kian Terhakis


Akidah adalah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan mereka dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.

Apabila akidah tidak dijadikan alat terpenting dalam kehidupan manusia, maka berlakulah krisis keyakinan manusia terhadap kebenaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi yang dijelaskan oleh para sahabat baginda dan para ulama di kalangan Tabiin selepas kewafatan para sahabat.

Ini kerana, apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.

Lahirlah selepas itu, manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya : Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."

Jadi persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akal semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan
Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Justeru, para alim ulama telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin meruncing.

Walaupun terdapat larangan para alim ulama mengenai penganjuran sesuatu konsert seperti Jom Heboh, namum seolah-olah larangan daripada mereka yang berautoriti dalam bidang keagamaan tidak dipedulikan, ini menggambarkan betapa masyarakat pada hari ini tidak mementingkan aspek agama dalam kehidupan, dan tindakan itu memudahkan mereka terpesong daripada Islam, sedangkan sifat Islam itu sendiri adalah menyelamatkan, iaitu menyelamatkan manusia daripada terjerunus ke dalam api neraka dan menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka.

Apakah orang Islam perasan bahawa mereka semakin jauh daripada Islam apabila terlibat dalam penganjuran atau aktiviti yang melalaikan? Sesungguhnya mereka tidak akan perasan jika tidak mahu, jarang berada dalam masjid, surau atau tempat-tempat yang membahas dan membincangkan Islam dan tuntutannya.

Kerana pengalaman mengajar kita, bahawa manusia-manusia yang banyak habiskan (buang) masa di kedai-kedai kopi tanpa ada perancangan atau agenda padat mengenai Islam, percayalah sesungguhnya mereka telah diseret oleh syaitan dan iblis untuk meniti usia tua dengan amalan-amalan yang boleh menjauhkan mereka dari syurga Allah SWT.

Punca dan faktor yang menyebabkan manusia tidak beriman
Kalau hendak dihitung satu persatu mengenai faktor yang menyebabkan manusia beragama Islam tergelincir akidah mereka daripada kebenaran al-Quran terlalu banyak, namun dalam keterbatasan perbincangan ini, penulis hanya menyenaraikan beberapa faktor penting sahaja agar dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan pembaca, supaya kita sama-sama dapat meluruskannya sebelum dijemput Allah untuk bertemu dengan-Nya.

Antara lain :

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.
2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama.
3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.
4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.
5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.
6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.
7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Sumber : HarakahDaily.Net

Monday, November 17, 2008

Tok Janggut


Tok Janggut @ Haji Mat Hassan bin Munas dilahirkan pada tahun 1853, seorang pahlawan melayu yang menentang campurtangan British di Negeri Kelantan pada tahun 1909. Pertempuran pada 24 Mei 1915, Tok Janggut terbunuh dan jenazah beliau dibawa dan dikebumikan berhampiran Sungai Kelantan yang kini dikenali sebagai Kampung Tok Janggut, Pasir Pekan.

Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Kekacauan timbul di Jeram, Pasir Puteh pada 29 April 1915 dikenali dengan "musuh Tok Janggut". Engku Besar tidak lagi berkuasa kerana diambilalih oleh Pegawai Jajahan yang dilantik oleh British. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Encik Latiff, Pegawai Jajahan yang baru adalah "orang luar" menjalankan tugasnya dengan tegas khususnya di dalam hal kutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut), Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, di mana keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Kerajaan British dicapai. Tok Janggut bersama-sama rakan-rakannya mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Tok janggut. Pergaduhan kecil berlaku di mana Sarjan Che Wan telah terbunuh. Arahan menangkap Tok Janggut dibuat oleh Encik Latiff. Tok Janggut kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.

Perintah menangkap Tok Janggut dikeluarkan. Bantuan tentera dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu tiba, dan pada 6 Mei 1915 berlepas ke Pasir Puteh, Toas Tok Janggut dilancarkan pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Di Kampung Pupuhlah Tok Janggut terbunuh dan mayatnya di bawa ke Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayatnya dikebumikan di Pasir Pekan.

Thursday, October 30, 2008

Omar Mokhtar, Singa Padang Pasir Digeruni Musuh

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa?id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai Jihad
Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:
1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.
2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.
3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar Terserlah
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum Gantung Sampai Mati
Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." - lanh

Susunan : Ustaz Zainuddin Hashim

Sumber : Harakahdaily