Kira-kira jam 8 malam semalam (01 Disember 2008), aku dimaklumkan oleh Napi bahawa di langit kelihatan bulan tersenyum dengan dua buah bintang yang membentuk seperti sepasang mata. Aku masih di pejabat ketika itu dan tidak sempat melihat kejadian yang jarang sekali berlaku.
Petang tadi, Napi sempat mengirim melalui MMS gambar yang diambilnya.
Aku paparkan di sini untuk tatapan para pembaca.
Sementara itu, aku 'search' di internet apa-apa maklumat yang boleh diperolehi tentang kejadian ini. Menurut maklumat yang diperolehi, kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.
Sila klik di sini untuk melihat gambar dari sumber lain.
No comments:
Post a Comment