Friday, November 14, 2008

Buah Namnam


Pernah mendengar, melihat atau makan buah namnam? Apabila diajukan soalan tersebut kepada rakan-rakan, ramai yang menggeleng kepala...tidak pernah mendengar, melihat...apatah lagi untuk memakannya. Memang sukar untuk mencari buah namnam sama ada di pasar raya, pasar biasa mahu pun pasar tani.


Aku mengenali buah namnam ini sejak kecil lagi. Ianya ditanam di halaman rumah arwah atok di Kampung Bendera, Batu Gajah, Perak. Setiap kali pergi ke rumah atok, aku pasti memetiknya sendiri untuk dimakan kerana ianya berbuah di batang pokok dan kedudukannya hampir mencecah tanah.


Namun, ketika pulang beraya baru ni ke rumah arwah atok, aku dapati pokok tersebut telah pun ditebang. Tak sempat nak tunjukkan kepada isteri dan anak-anak tentang buah yang agak asing bagi mereka.




Aku pun tak ingat bila kali terakhir makan buah namnam atau nama lainnya buah puru. Buah yang masak mempunyai rasa masam-masam manis.


Untuk maklumat lanjut mengenai buah namnam ini, sila layari http://www.encyclopaedia.es/id/wiki/Namnam.html

2 comments:

sentinel103 said...

terliur tengok buah ni ..... lama benor tak jumpa buah ni ..... dulu kat rumah arwah atuk aku ada dua pokok namnam ni ....la ni mana nak carik benih pokok ni .....

p/s- selamat datang ke Fotopages Malaysia @FMDC ....

rajin singgah2 le fp aku di http://sentinel103@fotopages.com

abuazri said...

Thanks for the comment..sentinel103.
aku pun dah lama tak jumpa lagi buah ni..kat rumah arwah atuk aku pun ada sebatang pokok..raya baru ni baru perasan pokok tu dah lama ditebang..