Monday, November 10, 2008

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMKBTP 2008


Majlis Graduasi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri yang julung kalinya diadakan pada 02 November 2008 yang lepas. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Othman Bin Abd Rahman, Kaunselor Kanan, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat kepada para pelajar, khususnya para pelajar Tingkatan Lima, supaya lebih fokus belajar demi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti.

Menurut Puan Pengetua SMKBTP, Pn Hjh Sabrina Sulaiman, beliau amat berharap agar Majlis Graduasi ini dapat menjadi anak tangga yang pertama dalam pendakian ke puncak jaya. Beliau yakin pada hari tersebut para pelajar akan merasa seronok, bangga dan gembira, pastinya terselit perasaan berdebar-debar. Jadi bayangkanlah perasaan dan situasi yang akan mereka lalui sekiranya bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi suatu hari nanti.

Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Graduasi kepada para pelajar terbabit serta cenderahati kepada tetamu jemputan.




No comments: