Jam 3 petang, aku berlepas ke KL Sentral untuk bertemu dengan adik angkat, Napi. Aku mengambil keputusan untuk menaiki komuter dari Rawang daripada menaiki dari Kuang memandangkan mudah untuk mengisi minyak petrol apabila kembali ke Rawang nanti.
Mohd Hanafi, atau pun Napi yang berusia 31 tahun merupakan seorang kakitangan kerajaan di Putrajaya. Napi yang masih bujang lagi berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Kami berkenalan melalui sebuah laman web dan tidak pernah bertemu sebelum ini. Cuma berkomunikasi melalui telefon atau sms sahaja.
Napi sudah pun berada di KL Sentral apabila aku tiba. Aku sudah pun mengecam Napi berdasarkan gambar yang dikirimkan sebelum ini. Kami 'window shopping' terlebih dahulu sebelum makan di salah sebuah restoran makanan segera sambil berbual ~ especially berkaitan dengan peluang perniagaan.
Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Kami terus ke surau untuk solat Asar dan tunggu sehingga solat Maghrib. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, kami sambung lagi perbualan sehingga jam 9 malam.
Aku kembali ke Rawang dengan komuter manakala Napi ke Putrajaya dengan ERL. Setibanya di Rawang, aku pun terus memandu ke Bandar Tasik Puteri. Menyedari tangki minyak hampir kosong, aku mengambil keputusan untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas selepas simpang tiga Lebuhraya PLUS.
Alangkah terkejutnya aku apabila dapati stesen minyak Petronas gelap dan ditutup. Pelik juga rasanya kerana setahu aku stesen minyak tersebut dibuka 24 jam. Aku teruskan perjalanan ke stesen minyak Caltex dan mendapati minyak petrol sudah pun habis dan bekalan cuma didapati dalam tempoh 24 jam lagi.
Risau juga rasanya kerana tidak pernah alami situasi sebegini. Walau pun petrol yang ada cukup untuk sampai ke rumah, namun ianya perlu diisi juga kerana takut kalau berlakunya kecemasan. Alhamdulillah, apabila aku ke Bandar Country Homes, stesen minyak Esso masih mempunyai bekalan petrol yang mencukupi...Syukur Alhamdulillah.
PS : Ketika menaip catatan ini, baru perasan hari jadi Napi yang ke 31 jatuh pada 28 Oktober lepas...happy belated birthday Napi!!!

No comments:
Post a Comment