Ahad, 25 Mac 2012
Kira-kira jam 4:30 pagi, kami keluar dari terminal lapangan terbang Medinah dan terus menuju ke arah bas yang sedang menunggu kami. Pada ketika itu, waktu subuh adalah kira-kira jam 5:00 pagi dan solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi kira-kira setengah jam kemudian.
Kami tiba di Hotel Sofraa al Huda kira-kira jam 5:10 pagi untuk check-in. Namun dimaklumkan kami akan check-out selepas makan tengahari memandangkan hotel tersebut telah penuh untuk malam-malam yang berikut dan terpaksa menginap di hotel sebelah.
Oleh kerana rakan sebilik demam, aku mengambil keputusan untuk solat subuh di hotel kerana ingin menemaninya kerana takut beliau mungkin perlukan bantuan.
Setelah sarapan pagi, berehat seketika di bilik dan tidak dapat bersama jemaah lain akan menziarahi makam Rasulullah SAW serta perkuburan Baqi'. Sebaliknya selepas rehat sebentar, aku terus keluar mencari kedai farmasi untuk mendapatkan ubat yang dipanggil 'Flutab' seperti yang disyorkan oleh wakil syarikat pelancongan. Walau bagaimana pun, kesihatan beliau tidak menentu - sekejap pulih, sekejap sakit - mungkin disebabkan faktor cuaca di sini.
Selepas makan tengahari, kami berpindah ke Royal Dyar Hotel pula.Sepanjang hari ini tiada sebarang aktiviti yang dilakukan - hanya ditumpukan kepada ibadah sahaja.
Untuk pengetahuan, waktu zohor ketika ini adalah lebih kurang jam 12:30 tengahari, asar jam 3:55 petang, maghrib pada jam 6:35 petang manakala isyak lebih kurang jam 8:05 malam.
Isnin, 26 Mac 2012
Pagi ini berziarah di sekitar Medinah seperti Masjid Quba', ladang & pasar tamar serta Uhud.
Masjid Quba' |
Masjid Quba' |
Pasar Tamar |
Pasar Tamar |
Bukit yang menempatkan pasukan pemanah tentera Islam sewaktu Perang Uhud |
Tanah perkuburan para syuhada di Uhud |
No comments:
Post a Comment