Saturday, January 24, 2009

Perihal Kopi Janda




Sejak kebelakangan ini terdapat banyak jenama kopi masuk dalam pasaran tempatan. Yang terbaru adalah Kopi Janda yang dipasarkan oleh Janda Product Marketing (JPM). Menurut JPM menerusi laman webnya, antara misi utamanya adalah untuk memikul tanggungjawab sosial dengan membangunkan Janda (ibu tunggal) untuk menjadi usahawan di rumah (Industri di rumah) dan bertanggungjawab memasarkan produk keluaran Janda sama ada produk makanan/minuman atau pakaian.

Namun terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan jenama serta iklannya. Ada yang menganggap iklan kopi tersebut berbaur seks dengan model seorang wanita yang separuh usia. Ungkapan "..jemput minum Kopi Janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga.." tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri.

Penulis sempat menemubual salah seorang staf di pejabat mengenai kopi tersebut. Beliau yang kini sedang mengalami masalah rumahtangga apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain di tempat kerja. Hubungan mereka memang telah diketahui oleh semua kakitangan lain di tempat suaminya bekerja.

Menurut beliau, setiap kali bila mendengar iklan Kopi Janda berkumandang di radio, beliau akan merasa sedih dan kecewa. Apatah lagi, wanita yang menggoda suaminya adalah seorang janda. Beliau yang sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa orang bomoh mendakwa suaminya telah terkena 'buatan' wanita tersebut. Suaminya kini sudah tidak menghiraukan lagi tanggungjawabnya terhadap isteri serta anak-anak.

Tambah beliau lagi, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar iseri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka.

Beliau mempersoalkan mengapa pihak syarikat JPM menggunakan jenama Janda sedangkan banyak nama lain boleh digunakan. Begitu juga ungkapan yang terdapat pada iklan tersebut yang seolah cuba melariskan jualan dengan cara yang 'menggoda dari janda'. Syarikat tersebut langsung tidak mempunyai perasaan langsung dengan meletakkan nama janda, iaitu suatu gelaran yang memang tidak diingini oleh setiap wanita.

Begitulah luahan beliau kepada penulis tentang Kopi Janda ini. Bukanlah beliau membantah kopi tersebut, cuma tidak bersetuju dengan nama yang digunakan. Beliau kini yang sedang dalam proses kaunseling amat berharap agar rumahtangganya dapat diselamatkan dan terhindar dari mendapat status janda.

Saturday, January 17, 2009

Hari Pertama di Pra-Sekolah

Minggu lepas bermulanya sesi baru persekolahan tahun 2009 di seluruh negara. Ramai ibubapa kelihatan sibuk menguruskan anak-anak mereka sama ada di pra-sekolah atau untuk tahun pertama di sekolah.
Aku mengambil cuti bagi memudahkan urusan pra-sekolah untuk anak bongsu, Ahmad Azri, di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kg Melayu Sri Kundang. Suasana yang agak baru membuatkan Azri kurang selesa di kelas tersebut. Aku hanya duduk di luar sambil memerhatikan gelagatnya. Sekali-sekala aku masuk dan bertanyakan perkara yang tidak difahaminya.
Kebanyakan kanak-kanak di sini pernah belajar di tahun lepas. Jadi agak mudah bagi mereka berinteraksi antara satu sama lain. Berlainan pula dengan Azri yang agak kekok untuk berkawan. Dia hanya mendiamkan diri di sepanjang hari. Namun beliau kelihatan ceria dan berlari-lari bersama kanak-kanak yang ketika waktu rehat.


Berbaris sebelum kelas dimulakan...kelihatan tidak ceria.

Mengeluarkan penselnya untuk latihan yang diberikan oleh guru...masih tak ceria lagi.

Begitu asyik mewarnakan lukisan matahari...

Baru kelihatan ceria bersama-sama kanak-kanak yang lain...

Waktu makan...didahului dengan bacaan doa sebelum makan.

Wednesday, January 14, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja
menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tuesday, January 13, 2009

Gerhana Matahari Separa 26 Januari

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Januari ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari Lautan Hindi hingga ke sebelah Barat Indonesia.

Dalam satu kenyataan semalam, Angkasa berkata, fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.

Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Januari melalui laman web www.angkasa.gov.my.
Sumber: KOSMO! Online

Sunday, January 11, 2009

Restoran Radix Fried Chicken

Sebut sahaja perkataan 'radix' sudah tentu ramai yang pernah mendengarnya melalui iklan kopi Radix. Malah sebutan 'mai secawan...' seringkali dikaitkan dengan produk tersebut.
Radix merupakan jenama yang digunakan oleh HPA Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh bumiputera di Arau, Perlis. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.



Kini HPA Industries telah mengorak langkah dengan menubuhkan restoran makanan segera, Radix Fried Chicken (RFC) sebagai alternatif kepada restoran makanan segera yang ada sekarang. Ianya merupakan restoran makanan segera milik bumiputera Islam yang pertama di Malaysia. Cawangan pertama telah dibuka dengan rasminya pada 1 Jun 2008 di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penduduk tempatan.



Apa yang menarik tentang menu utama di RFC ini ialah ayam yang dibekalkan adalah dari ladang ternakan milik HPA sendiri, iaitu HPA Farm Sdn Bhd yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal di pasaran. Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah penyediaan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan Radix Cola sendiri menggantikan Coca-Cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Sos cili, sos tomato dan sos Thai juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi, Sematang, Perlis.
Secara peribadinya, penulis sendiri belum pernah berkunjung ke sana, apatah lagi untuk menikmati hidangan keluaran bumiputera ini. Penulis mula mendengar RFC beberapa bulan lepas melalui seorang kenalan di Semenyih yang mempunyai hasrat untuk membuka francais RFC ini.
Penulis berharap outlet RFC ini akan diperluaskan di semua bandar-bandar utama di seluruh Malaysia, dan seterusnya ke luar negara. Penulis juga percaya ianya akan mendapat sambutan serta sokongan daripada umat Islam, khususnya penggemar makanan segera.
Sumber:
http://hpa.com.my/09/index.html
http://duniaherbahpa.com/2008/05/restoran-radix-fried-chicken-rfc-sg-petani-kedah/

Report: Israel Tests US Weapons in Its War on Gaza


WASHINGTON, (PIC)-- American press reports revealed that Israel, in its aggression on the Gaza Strip, tests part of a huge arsenal of weapons provided by the US during the past few years, adding that the US arms supplies encouraged the Israeli intervention in Gaza.

The inter press service news agency quoted Mou'in Rabbani, an editor of the middle east report in Washington, as saying that the nature of the strong Israeli-American military relations and Israel's persistence in making wars mean that its military establishment tests new weapons in real wars in the interest of the US.

Rabbani added that the less effective style of the same weapons is sold at huge prices to Arab countries which in fact finance the US arms industry and its military grants to Israel.

The Bush administration alone had provided Israel with security aid valued at more than 21 billion dollars in the last eight years including 19 billion dollars as a grant.

In 2008, Israel signed a 22 billion contract with the US for 75 F-35 jet fighters, nine military transport planes and four naval vessels.

Democratic congressman Dennis Kuchinch sent last week a letter to US secretary of state Condoleezza Rice telling her that Israel's use of American weapons in Gaza might constitute a violation of the requirements of the law on arms export control.




Source: http://www.palestine-info.co.uk/en/Default.aspx

Tuesday, January 6, 2009

Memanfaatkan Kelebihan Bulan Muharram


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1430 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2009 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.
Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).
Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.
Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).
Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)
Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.
Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.
3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).
Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;
1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)
Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal.
Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.
Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.
4. Memasak Bubur ‘Asyura
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.
5. Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak.
Fikir-fikirkanlah….
Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Sunday, January 4, 2009

Qunut Nazilah Untuk Umat Islam di Palestin



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Tatacara melakukan Qunut al-Nazilah.

1. Ia dilakukan apabila umat Islam ditimpa bencana.
2. Ia dilakukan di dalam solat fardhu lima waktu, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' sehinggalah sesuatu musibah itu selesai.
3. Ia boleh dilakukan dengan dua cara:

a. Membacanya selepas usai membaca surah sebelum ruku' di rakaat terakhir setiap solat.

b. Membacanya selepas membaca lafaz I'tidal "Samiallahu Li Man Hamidah…." di rakaat terakhir solat fardhu.
4. Membacanya dengan kuat dan makmum akan mengaminkan doa tersebut.
5. Boleh menggunakan apa sahaja bentuk doa walau yang bukan dibaca Rasulullah saw.
6. Mendoakan kemaslahatan umat Islam dan kecelakaan buat musuh-musuh Islam.

Saturday, January 3, 2009

MERCY Malaysia Appeals to the Public to Donate to the PALESTINE RELIEF FUND


From MERCY Malaysia Official Website
MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.
The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.
We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.
MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.
It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.
PALESTINE RELIEF FUND
Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my
Click here to read more..

Qaradawi: Muslim Ummah is Duty-bound to Defend Gaza


DOHA, (PIC)-- Prominent Muslim scholar Sheikh Yousef Al-Qaradawi has affirmed Friday that the Muslim Ummah from Morocco to Indonesia was duty-bound to defend the Gaza Strip, and to protect Muslim lands from the enemies.

"Supporting the Palestinian people in Gaza is a religious duty on every Muslim individual according to his capabilities, and no one is exempted from that duty" asserted Qaradawi in a speech he delivered before massive rally in support to Gaza in the Qatari capital, Doha.

He also hailed the Muslim peoples "who demonstrated in the streets and expressed sympathy and support for Gaza", saying that the Muslim Ummah is alive and ready to sacrifice every thing precious for helping their brethren.

At the same time, he lashed at the Arab official regimes underlining that those regimes lost the courage to take decisive decisions in order to lift the oppression on Gaza.

He also praised the exemplary heroism demonstrated by the Palestinian people in the Gaza Strip and Hamas's leadership in homeland and in exile, urging them not to give up at any cost.

"We are behind you to the last breathe, and rest assured that you won't be abandoned or betrayed as long as you remain holding to your legal rights", asserted Qaradawi as he addressed his speech to Hamas's leaders, underscoring that the tyrant Zionist rulers won't achieve victory over Muslims.

Moreover, Qaradawi called on every individual Muslim to pray for his brothers in Gaza, and to donate whatever he could to them in order "not to let the Gaza people feel they were left alone in this battle against the criminal Israeli occupation army".